Sunday, February 03, 2013

sYurGa sEoRanG iStErI


Hai semua.. Selamat berhujung minggu.. =)
Mesti banyak aktiviti yg nak dibuat bila hujung minggu ni kan??
Hmm,, sapa tengok cerekarama malam td?

ni tajuk nya.. :)

Dalam cerita ni wataknya di bawa oleh Awal Ashaari, Diana Rafar, Abu Bakar Omar, Norlia Ghani dan ramai lagi lah.. Cerita ni mengangkat isu kasih sayang ibu bapa, ketaatan isteri kepada suami dan mudarat berhutang..
Actually nak share ngn semua disebalik pengajaran yg ada dlm cerita ni..
Pernah dengar kn kata-kata yg mcm ni..
"Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami"

Sebenarnya tak pernah ada dalam al-Quran atau mana2 hadis dr Rasulullah saw mengenai kata2 kt atas tu.. tp, Allah telah berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 34 yg bermaksud :
"Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka."

Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.

Tapi kan, dalam kisah cerekarama malam td, suami tak sepatutnya menghalang isterinya untuk pulang ke kampung untuk melihat ayahnya yg sedang sikit. Malah kehidupan suami ditanggung oleh isteri, walhal tugas menyara kehidupan isteri dan keluarga adalah tugas seorang suami kan? kan??

Disebabkan terlalu taat pada suaminya, si isteri mengabaikan tanggungjawabnya pada kedua orang tuanya sehingga melahirkan rasa sedih dalam hati ayah & ibunya..

Jadi, patut kah isteri taat pada suami kalau suami buat perkara bukan makruf?? Dan patutkah seorang suami tu tindas isteri nya??
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,  Dekat jua di hati untuk  dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi... 
Jadi, buat kaum Adam yg diluar sana,, hargailah kaum Hawa sebaiknya okey??  ^__^


eNj0y rEaD!ng n SeNyUm sElaLu ^___^

1 000 pengomen terhebat !!:

Unknown said...

byk pengajaran drp cerita tu kan...isteri kena taat cakap suami selagi mana ia tak dilarang dalam islam...
semoga kita semua mendapat suami yg solehah amin... :)