alhamdulillah,, masih dipanjangkan umur utk lihat dunia hari ini..
terima kasih ya Allah.. =)
ehem3,, agak lama & dah berhabuk belog ni ditinggalkan.. hoho ~~
buzy la katakn.. tp buzy sgt ke?? hehe ;)
tak tau la knp sem ni tak berkesempatan nk hapdet blog nih..
so, massa cuti ni ambik kesempatan nk hapdet.. hehe,, rindu plak nk BW ngn kawan2 lain =.=
haa,, Khamis ni kita umat Islam akn sambut Maulidur Rasul kan? kan??
setiap tahun umat Islam akan adakan majlis memperingati keputeraan Rasulullah s.a.w dgn mcm2 cara...
perarakan maulud ^__^
ceramah pun ada >.<
Namun, sambutan Maulidur Rasul bukan setakat berarak sambil berselawat dan disertai jamuan makan. Ia tidak habis setakat itu sahaja. Ia juga bukan sekadar suka-suka atau menunjuk-nunjuk, Tetapi ia bertujuan mengimbau kembali perjuangan dan pengorbanan nabi Muhammad SAW dlm menegakkan Islam di muka bumi ini.
Rasulullah merupakan contoh yang terbaik kepada setiap umat Islam dalam segala aspek kehidupan. Sebab itu lah, saban tahun hari kelahiran baginda diraikan supaya setiap umat Islam dapat ambil iktibar drpd setiap sesuatu yg dilakukan dan diamalkan oleh baginda utk dijadikan panduan dan pedoman. Baginda adalah contoh terbaik yang bersifat universal. Keseluruhan hidup baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh sepanjang zaman dlm segala aspek, sama ada drpd kehidupan harian individu kpd aktiviti sosial, ekonomi, politik dan pemerintahan negara.
Dalam hal ini, Allah SWT menyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)"
Sebagai individu, Rasulullah mempunyai peribadi luhur dan murni yang sentiasa mengajak manusia melakukan kebaikan dengan menyeru kepada jalan Allah. Nabi juga seorang ketua negara yang menerajui bahtera pemerintahan dgn amanah dan cekap malah merupakan seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia, seorang jiran yang memahami jirannya dan lain-lain.
"Jelasnya, kepemimpinan Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda. "Sejak kecil Rasulullah telah diuji di mana seorang demi seorang mereka yang menjadi tempat baginda bergantung dan mengharap kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq. "Ia dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi,"
Perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci. Begitu juga ketika nabi SAW beruzlah di gua Hira', ia merupakan satu proses tarbiah pada diri baginda dengan bertafakur dan merenung kebesaran serta keagungan Allah SWT jauh daripada kezaliman dan kebobrokan hidup masyarakat jahiliah yang dipenuhi dengan dosa dan noda.
"Ringkasnya, nabi SAW mendapat tarbiah secara langsung daripada Allah untuk menjadi pemimpin ikutan ummah dalam segenap kehidupan," kata beliau.
Secara sedar atau tidak, di sebalik kehangatan sambutan maulidur rasul, ramai yang masih gagal menghayati dan mengamalkan sunah nabi yang merupakan suatu kemestian bagi setiap individu Muslim. Apakah sambutan yang diraikan saban tahun itu hanya sekadar satu majlis ritual untuk keramaian semata-mata?
"Saban tahun Maulidur Rasul disambut, tetapi pegangan agama tetap longgar. Bahkan ada antara pemuda dan pemudi siangnya menyambut Maulud pada, malamnya pula disusuli dengan hiburan yang melampau dan melalaikan. "Akhirnya selawat yang didendangkan pada siang harinya itu ditinggalkan sebagai suatu kenangan sahaja."
Namun, ini bukan bermakna sambutan Maulidur Rasul yang diadakan itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan. Tetapi anjakan paradigma perlu wujud agar umat Islam tidak sekadar beretorik dengan memuji dan berselawat kepada Rasulullah. Apa yang lebih penting adalah kita mengambil contoh bagaimana kehidupan baginda serta diamalkan dalam kehidupan harian kita sebagai umat Islam hari ini.
"Cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini ialah dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita.
InsyaAllah !!
"Baginda merupakan contoh TERBAIK yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Baginda dapat dijadikan ikutan dan contoh di sepanjang zaman."
Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kalian untuk beliau dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. ( Al-Ahzab : 56)
Jadi,, jom la kita ramai2 banyakkan selawat ke atas Baginda SAW.. ^__^
Ok la,, setakat ni jew yg dapat dikongsikan...
insyaAllah, panjang umur jumpa di lain entry ya !! >.<
Salam Maulidur Rasul . . .
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH !!
eNj0y rEaD!ng n SeNyUm sElaLu ^___^