Thursday, January 24, 2013

Memaafkan dan Memohon Maaf ^__^

hai semua...  
Alhamdulillah,, dapat lagi lihat dunia hari nie.. =)
Tengah duduk sorang2 dlm bilik td tiba2 terpikir sejenak. . 
"Aku ni dah minta maaf ke kt org2 yg aku ada bt salah?? aku dah memaafkan ke salah org kt aku?? ya Allah,, aku tak nak jd pendendam.. "
Jadi, entry kali ni saya nak share ngn awak2 tentang MAAF... untuk diri saya & yg lain ^___^

Hmm, hidup kita sebenarnya taak terlepas dari bt kesilapan & kesalahan sesama insan. Mana ada manusia kt dunia ni sempurna yg tak bt salah silap kan? kan?? Dalam sedar atau tak, kadang-kadang kita dah lukakan hati insan yg ada di samping kita. Tak kira lah sama ada dr perbuatan kita ke atau percakapan kita.. Dan diri kita juga sebenarnya tak terlepas drpd disakiti oleh insan lain dgn perbuatan mahupun percakapan mereka kpd kita...

Belajarlah untuk meMAAFkan, berikanlah maaf agar kita juga mudah dimaafkan. Sebenarnya, memohon maaf dan memaafkan adalah satu amalan yg sangat mulia, malah Allah sukakan hambaNya yg suka memaafkan... 
Dan, apa yg penting biarlah kita memaafkan dan memohon maaf dengan hati yg benar2 ikhlas.. Jangan hanya utk kepentingan diri sendiri semata-mata.

PERCAYALAH !!
Selepas memohon maaf atas segala kesilapan dan kessalahan kita, pasti akan berasa sedikit lega dan hati menjadi lebih tenang serta kehidupan lebih bahagia.. InsyaAllah !!  >.<
MAAF itu memBAHAGIAkan..  
Cuba kita ambil masa beberapa minit dan muhasabah. Mula daripada ibu, ayah, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidup kita walaupun sekejap, yang di depan mahupun di belakang tempat duduk semasa sekolah dulu, yang dekat mahupun jauh terpisah beribu batu, yang sama2 berjuang dengan penat lelah dan jerih payah mahupun yang pernah mencaci dan menghina perjuangan itu.

Mereka tetap manusia seperti kita. Jangan memilih. Ungkapkan kata keramat itu pada mereka seikhlas hati kita. Walaupun pada mereka kata MAAF itu telah selalu diucapkan. Apatah lagi pada mereka yang pernah kita lukakan hatinya sehingga menyebabkan ukhuwah itu retak. Juga pada mereka yang telah banyak mencurahkan kebaikan pada kita. Kerana ungkapan maaf dan terima kasih yang lahir dari hati itu akan memBAHAGIAkan saudara2 kita...  

Memaafkan kesalahan orang lain tidak membuatkan kita rugi. Sebaliknya ia memberi peluang kepada kita untuk belajar dari kesilapan yg lalu dan tidak memutuskan hubungan sesama insan lain..

Jadi, sementara masih ada masa dan peluang yg Allah bagi ni, jom la kita saling maaf memaafkan antara satu sama lain.. Pasti, akan terjalin ikatan ukhuwah yg lebih indah & bahagia..
insyaAllah !! ^___^ 


p/s : Buat Kawan2 yg mengenali diri, mohon maaf andai ada salah & silap secara sengaja atau tak.. Dan saya juga belajar utk memaafkan kesalahan orang lain.. insyaAllah !!  :)

eNj0y rEaD!ng n SeNyUm sElaLu ^___^

4 000 pengomen terhebat !!:

faY said...

kdg2 satu ayat tu dh boleh menyatukan kita :)

ct nyssa said...

@faY
betul tu awak.. dan, kadang2 satu ayat tu jgak yg boleh rosakkan hbgan kita.. jadi, kita kena jaga setiap ayat kita tu.. ^___^

Unknown said...

done follow sis :)
ziqanuar.blogspot.com

ct nyssa said...

tnx.. done follow awak jugak.. :)